Bienvenue 2014



Happy New Year!!!

Baru sekejap saja 2013 berlalu, mengapa aku excited betul untuk menyambut tahun baru kali ini? Kerana tahun baru, permulaan baru dan azam yang baru. Semangat aku! Siap buat wish list lagi apa yang aku nak capaikan di tahun 2014 ini.

Korang pun tentu ada wish list untuk 2014 kan? Aku rasa wish list ni peranan dia penting tau. Wish list bukan saja bagi aku matlamat clear apa yang inginku capai tahun ini, tapi juga supaya aku tidak akan terlupa apa yang aku inginkan. Korang tahukan, cabaran dan kesusahan yang datang kadang-kala mampu membuatkan kita hilang arah-tuju kehidupan, time tu mula lah nak give up segala.

Semuanya kerana pabila kita asyik focus menyelesaikan masalah yang datang, sedikit demi sedikit apa yang kita inginkan sebenarnya semakin kabur di ingatan.

Pujangga berkata, ‘pegang mimpimu sekuat mungkin, kerana kalau hilang, hidup seperti burung tanpa sayap yang tidak dapat terbang’. Wish list ni kan mengandungi apa yang kita idamkan, mimpi kita. Jadi dengan adanya wish list ni, takyah takut terlupa akan imipian kita. Sedih tau kalau hidup kita seperti burung tanya sayap yang tak dapat terbang.

Tentang wish list aku tu, biarlah menjadi rahsia aku sendiri. Kang tak menjadi, puas aku jadi bahan ketawa nanti. Eheheh……

Sayonara 2013!!!


Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, tahun 2013 sudah menjadi kenangan. Adakah 2013 meninggalkan kesan yang mendalam buat semua? Aku tak tahu, kerana itu terpulang pada korang untuk menilainya.

Tapi bagi aku, 2013 berlalu terlalu pantas, jadi kesannya kurang terasa. Bagaikan mimpi, bila aku tersedar, setahun berlalu begitu sahaja. Tapi ini hanya pendapat aku seorang.

Apapun, Selamat Tinggal 2013!