A trip to Manchester: Christmas market review



Dari haritu dah aku dan Miss B plan nak pergi Manchester, tapi masing-masing sibuk dengan kelas dan assignment. Bila aku free, dia ada kelas. Bila dia dah free, aku pulak ada assignment yang perlu disiapkan. Last-last tunggu semester break baru jalan, gerenti dua- dua pun free kan?

Pagi-pagi dengan semangatnya kami berdua duduk bas ke train station, tapi mood dirosakkan kerana tiada tempat duduk dalam train. Penuh tau!! Bukan saja tempat duduk penuh, tempat berdiri pun penuh. Boleh dikatakan tiada space langsung untuk berjalan, completely macam sardin dalam tin. Lemasnya tidak dapat dibayangkan. Tapi apa boleh buat, biasalah on peak season, sabar jelah.




Dah sampai kat Manchester city centre, terus masuk Arndale shopping center ni. Banyak kedai dalam shopping centre ni, dari food chain to poundland to market to superdry. Kalau korang minat barangan berjenama, pergi kat bangunan bersebelahan Arndale ni, aku tak ingat apa nama dia. Atau korang boleh pergi ke Trafford centre, the massive shopping centre in Mancherster. Tapi aku terlalu malas untuk berjalan jauh hari ini. Hehe.. Lagipun apa yang aku  nak boleh di dapatkan di Arndale.






Alang-alang sampai sini, kami singgah terus Christmas market. Tak jauh, depan Arndale aje. Barangan yang dijual kebanyakannya barangan kraftangan atau hadiah untuk Christmas, dah nama pun Christmas market kan? Ada juga food chain dan gerai minuman kalau korang minat. Aku suka roasted potato dan German Burger dia. Hehe :D  Pastu, kami berdua singgah sekejap china town, beli sos cili meggi jap. 

Kami balik awal jugak, around 4pm sebab masa winter ni, hari cepat gelap, malas nak jalan waktu gelap tau.

No comments